GAZA, 21 Julai - Sekurang-kurangnya 93 rakyat Palestin terbunuh manakala puluhan lagi cedera ketika mendapatkan bantuan kemanusiaan di wilayah yang dilanda konflik itu.
Jurucakap Agensi Pertahanan Awam Gaza, Mahmud Basal, memaklumkan tentera Israel telah melepaskan tembakan ke arah orang awam ketika trak bantuan tiba di bahagian utara Gaza, mengorbankan 80 nyawa.
Sementara itu, sembilan lagi dilaporkan maut berhampiran lokasi pengagihan bantuan di Rafah, selatan Gaza, yang turut menyaksikan puluhan kematian dalam tempoh 24 jam sebelumnya.
Empat lagi mangsa dilaporkan terbunuh berhampiran satu lagi lokasi bantuan di Khan Yunis.
Dalam satu kenyataan, Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa Bersatu memaklumkan konvoi bantuan mereka terdiri daripada 25 buah trak telah bertembung dengan ribuan orang awam yang kelaparan, sebelum diserang tentera Israel berhampiran bandar Gaza. -AFP