WASHINGTON, 21 Julai -Alaska Airlines mengarahkan pemberhentian sementara semua pesawat utama syarikat itu berikutan gangguan sistem teknologi maklumat (IT).
"Gangguan IT yang menjejaskan operasi kami dan telah "meminta pemberhentian sementara bagi semua penerbangan Alaska Airlines dan Horizon Air sehingga isu ini diselesaikan,"menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) kepada AFP.
Laman status FAA menunjukkan semua destinasi yang melibatkan pesawat utama Alaska Airlines terjejas oleh arahan pemberhentian tersebut.
Insiden itu berlaku lebih setahun selepas kejadian cemas membabitkan sebuah pesawat Boeing 737 Max 9 milik Alaska Airlines. Satu bahagian pintu kecemasan tercabut semasa penerbangan dari Portland, Oregon ke Ontario, California pada Januari tahun lalu. - AFP