fb fb fb fb fb

Doktor adakan mogok, bantah syarat kerja dan gaji

(Foto REUTERS)

UNITED KINGDOM, 15 Mac- Kumpulan doktor muda di United Kingdom meletak jawatan dan mengadakan mogok selama tiga hari berhubung syarat kerja dan gaji.

Terdapat kira-kira 61,000 doktor dalam Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) yang dibiayai kerajaan, menyumbang separuh daripada kakitangan perubatan.

Menurut NHS, mogok tersebut menjejaskan rawatan untuk pesakit kronik.

"Operasi kanser juga terpaksa dilanjutkan disebabkan mogok terbabit," katanya menerusi kenyataan.

Dengan inflasi yang tinggi dan kos sara hidup yang semakin meningkat, gelombang mogok telah melanda semua sektor di sini.

Februari lalu, kakitangan universiti dan pekerja ambulans di beberapa bahagian negara ini turut melakukan perkara sama. - REUTERS


(Foto REUTERS)

 

Media Baharu