fb fb fb fb fb

85 maut ketika dapatkan bantuan di Gaza

Keadaan huru-hara apabila mayat mangsa dibawa ke hospital / Foto VIORY

GAZA, 21 Julai - Sekurang-kurangnya 85 orang maut ketika beratur mendapatkan bantuan pada Ahad.

Ia termasuk 79 mangsa di Al-Sudaniya, barat laut Gaza.

Menurut hospital tempatan, kebanyakan mangsa ditembak ketika menunggu di persimpangan Zikim berhampiran sempadan Israel.

Seramai 150 orang turut cedera, menjadikannya tragedi berdarah terburuk di pusat agihan bantuan setakat ini.

Dr Hassan Al-Shaer menyifatkan situasi di hospital itu semakin tenat kerana ramai yang cedera dan maut dibawa ke Hospital Al-Shifa.

“Ini suatu bencana. Terlalu ramai syahid, terlalu ramai cedera.

Kami terpaksa hantar pesakit ke hospital lapangan lain,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Ali Muheisen berkata, mereka terpaksa ke pusat bantuan kerana tiada pilihan lain.

“Saya sudah lima hari tidak makan. Kalau ada tepung, saya tidak akan bawa isteri dan anak pergi berdepan maut.

Kami menunggu dengan penuh harapan, namun tiada siapa yang dapat beri kami tepung," kongsinya.

Dalam pada itu, tentera Zionis meneruskan pembohongan dengan mendakwa anggotanya hanya melepaskan tembakan ke arah individu yang dianggap ‘ancaman’. -VIORY

FARIS IZZAT SHAHARUDIN