fb fb fb fb fb

UAE hantar kapal bantuan terbesar ke Gaza

Kapal ‘Khalifa’ berlepas dari Pelabuhan Khalifa Kizad, Isnin lalu membawa lebih 7,000 tan bantuan / Foto Viory

ABU DHABI, 21 Julai – Emiriah Arab Bersatu (UAE) menghantar kapal bantuan terbesar ke Gaza menerusi operasi kemanusiaan Chivalrous Knight 3.

Kapal ‘Khalifa’ berlepas dari Pelabuhan Khalifa Kizad, Isnin lalu, membawa lebih 7,000 tan bekalan makanan, perubatan dan tempat perlindungan untuk disalurkan ke Gaza melalui Pelabuhan El Arish, Mesir.

Rakaman memaparkan kapal gergasi itu berlabuh di pelabuhan, sementara trak, tangki air, ambulans dan pek makanan dimuatkan ke dalamnya.

Menurut Agensi Berita Emirates (WAM), kapal kelapan itu membawa 4,372 tan makanan, 1,433 tan bahan perlindungan, 860 tan bekalan perubatan dan 501 tan barangan kesihatan.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan bantuan UAE ke Gaza melebihi 77,000 tan.

Presiden UAE, Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan, mengarahkan pelancaran Chivalrous Knight 3 pada 5 November 2023 sebagai sebahagian usaha bantuan lebih luas untuk rakyat Palestin.

Genosid yang dilakukan Israel ke atas rakyat Palestin telah mengorbankan 58,895 orang dan mencederakan 140,980 yang lain.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN