fb fb fb fb fb

Honduras akan jalin hubungan diplomatik dengan China

(Foto Facebook Xiomara Castro De Zelaya)

TEGUCIGALPA, 15 Mac- Honduras bakal menjalinkan hubungan diplomatik dengan China.

Presiden, Xiomara Castro berkata kerjasama itu dilihat akan menjejaskan hubungannya dengan Taiwan.

"Saya telah mengarahkan Menteri Luar, Eduardo Reina melaksanakan langkah memulakan hubungan rasmi dengan China," katanya menerusi Twitter.

Perkembangan itu menyusul beberapa minggu selepas kerajaan pimpinan Castro mengumumkan sedang berunding dengan China berhubung pembinaan sebuah empangan hidroelektrik dinamakan Patuca II.

Honduras antara 14 negara yang mengiktiraf Taiwan secara rasmi.

Setakat ini, Honduras belum mengesahkan sama ada ia telah memutuskan hubungannya dengan Taipei secara rasmi.- AFP


(Foto Facebook Xiomara Castro De Zelaya)

Media Baharu