fb fb fb fb fb

Krisis pertikaian tanah, lapan maut di Honduras

(Foto Hiasan)

TEGUCIGALPA, 15 Mac- Sekurang-kurangnya lapan orang ditembak dan terbunuh di Honduras dalam pertikaian tanah antara keluarga.

Polis Tegucigalpa, Edgardo Barahona berkata enam lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak bawah umur telah ditembak mati.

"Mereka mati di dalam kenderaan di kawasan pergunungan El Portillo de las Moras di Comayagua.

"Mereka kehilangan nyawa serta-merta.

"Pembunuhan itu berpunca daripada pertikaian tanah, antara keluarga yang memiliki ladang di kawasan itu," katanya kepada pemberita di sini.

Gambar mayat berlumuran darah di dalam kenderaan disiarkan di media sosial.

Honduras antara negara paling ganas di dunia dan dihimpit dengan kemiskinan, pengedaran dadah serta kumpulan jalanan yang berkuasa. - AFP


(Foto Hiasan)

Media Baharu