fb fb fb fb fb

Hospital di Sri Lanka lumpuh

(Foto AFP)

COLOMBO, 15 Mac- Hospital-hospital di Sri Lanka lumpuh dan sistem pengangkutan terjejas akibat mogok pekerja.

Kesatuan-kesatuan sekerja membantah tindakan untuk mengenakan cukai berganda bagi melayakkan negara itu mendapatkan bantuan IMF.

Mogok disertai lebih 40 kesatuan.

Jurucakap Kesatuan Sekerja, Haritha Aluthge berkata pihaknya terpaksa meneruskan mogok itu selepas hasil rundingan yang tidak meyakinkan dengan pihak berkuasa.

Jangka masa untuk henti kerja akan bergantung kepada respons kerajaan terhadap tuntutan mereka.

Sebelum itu, jurucakap kabinet Bandula Gunawardana memberi amaran mana-mana pihak yang melanggar arahan perkhidmatan utama boleh dikenakan tindakan undang-undang.-AFP

(Kesatuan-kesatuan sekerja membantah tindakan untuk mengenakan
cukai berganda bagi melayakkan negara itu mendapatkan bantuan IMF/Foto AFP)

Media Baharu