fb fb fb fb fb

Perancis-Palestin tubuh jawatankuasa bersama, rangka perlembagaan Palestin

Foto AFP

PERANCIS, 12 November -Presiden Perancis, Emmanuel Macron, pada Selasa mengumumkan penubuhan jawatankuasa bersama Perancis-Palestin bagi usaha merangka perlembagaan Palestin.

"Kami telah memutuskan secara bersama untuk menubuhkan jawatankuasa bersama bagi pengukuhan negara Palestin," kata Macron selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Palestin, Mahmud Abbas.

Tambah Macron jawatankuasa itu akan "menyumbang kepada penyediaan perlembagaan baharu, drafnya telah dikemukakan oleh Presiden Abbas kepada saya".

Presiden Abbas juga bersetuju dengan "penubuhan segera jawatankuasa perlembagaan" tersebut. - AFP

TETITIA YUSOFF