GENEVA, 12 November -Berlian Mellon Blue, seberat 9.51 karat berwarna biru 'vivid fancy' yang pernah dimiliki oleh pengumpul seni AS, Bunny Mellon, telah dijual pada harga AS$25.6 juta dalam satu lelongan pada Selasa.
Berlian itu dilelong oleh Christie's di Geneva sebagai sebahagian daripada jualan Magnificent Jewels di bandar Swiss tersebut.
Batu permata itu dijual pada harga 20,525,000 franc Swiss di Hotel des Bergues, melebihi anggaran awal antara 16 hingga 24 juta franc.
Menurut pengendali lelongan itu Rahul Kadakia, harga jualan menunjukkan minat tinggi dalam kalangan kolektor elit terhadap permata luar biasa dan bersejarah.
Batu permata yang dipasang dalam cincin berbentuk serpentine itu pernah dimiliki oleh Rachel Lambert Mellon, lebih dikenali sebagai Bunny Mellon, seorang ahli hortikultur, dermawan dan pengumpul seni dari AS.
"Mellon Blue adalah batu yang luar biasa," kata Ketua Bahagian Barang Kemas Christie's di Geneva. Max Fawcett.
"Lebih daripada itu, ia juga menjadi simbol gaya hidup era lampau hanya mungkin dengan kekayaan pada zaman Gilded Age." - AFP