ZHANJIANG, 7 Oktober - Kerja-kerja pembersihan bermula di Zhanjiang pada Isnin selepas Taufan Matmo meninggalkan jejak kemusnahan di selatan China.
Rakaman menunjukkan pekerja mengalihkan pokok tumbang serta dahan yang berselerak di kaki lima dan jalan raya di wilayah Guangdong.
Menurut perkhidmatan meteorologi wilayah, taufan itu melanda daratan sekitar pukul 2.50 petang waktu tempatan pada Ahad.
Taufan berkenaan menyebabkan kerosakan teruk pada grid elektrik di daerah Suixi sehingga mengakibatkan gangguan bekalan di beberapa kawasan.
China Southern Power Grid telah menggerakkan hampir 40,000 anggota kecemasan, 170 kenderaan kuasa mudah alih dan 550 penjana ke kawasan terjejas, lapor media rasmi.
Suruhanjaya Perancangan Ekonomi Tertinggi China turut memperuntukkan 200 juta yuan (lebih AS$28 juta) bagi menyokong kerja pemulihan kecemasan di wilayah berkenaan serta di wilayah pulau selatan, Hainan.
Taufan itu terus bergerak ke arah barat laut, manakala pihak berkuasa meramalkan Zhanjiang dan bandar berhampiran Maoming akan mengalami hujan sederhana yang beransur menjadi hujan renyai hari ini. –VIORY