HAIKOU, 5 Oktober - Taufan Matmo membawa hujan lebat dan angin kencang ke beberapa bandar di wilayah Hainan dan Guangdong ketika ia menghampiri pesisir selatan China, menurut laporan CCTV pada Ahad.
Biro Meteorologi Pusat China telah mengeluarkan amaran taufan merah untuk Matmo, yang dijangka membawa kelajuan angin maksimum antara 42 hingga 48 meter sesaat.
Pihak berkuasa China turut membatalkan penerbangan dan perkhidmatan feri di Hainan pada malam Sabtu, menjelang ketibaan taufan tersebut, sekali gus dijangka menjejaskan tempoh puncak perjalanan sempena cuti di pulau peranginan itu.
Setakat pukul 9 pagi tadi, Taufan Matmo dilaporkan berada kira-kira 160 kilometer dari daerah Xuwen di Guangzhou dan dijangka membadai kawasan daratan sekitar tengah hari.-REUTERS