fb fb fb fb fb

Taufan Lidia ragut dua nyawa di Mexico

(FOTO AFP)

PUERTO VALLARTA, 12 Oktober- Sekurang-kurangnya dua orang maut di Mexico selepas Taufan Lidia kategori empat yang kuat membadai barat negara itu hingga menyebabkan banjir dan kerosakan harta benda, kata pihak berkuasa semalam.

Seorang pemandu trak maut ketika cuba menyeberang banjir di negeri Jalisco, manakala seorang penunggang motosikal meninggal dunia akibat dihempap pokok di negeri Nayarit.

Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) Amerika Syarikat melaporkan Lidia tiba di kawasan pantai di sini sebagai taufan 'sangat berbahaya' yang membawa angin berkelajuan maksimum 220 kilometer sejam.

"Bagaimanapun, Lidia semakin lemah ketika ia bergerak ke kawasan pedalaman di barat Mexico dengan saki-bakinya terus membawa banjir dan hujan lebat," katanya.

Terdahulu, Presiden Andres Manuel Lopez Obrador menggesa orang ramai supaya berlindung, selain mengerahkan kira-kira 6,000 anggota tentera untuk membantu penduduk.

Sesi persekolahan juga digantung sementara, manakala perniagaan ditutup lebih awal atas faktor keselamatan.

Taufan melanda negara itu setiap tahun di kedua-dua pantai pasifik dan atlantiknya, kebiasannya antara Mei dan November.

Saintis juga telah memberi amaran bahawa ribut menjadi lebih kuat apabila dunia menjadi lebih panas akibat perubahan iklim. -AFP

(FOTO AFP)

Media Baharu