fb fb fb fb fb

Putin gesa rundingan Israel-Palestin

(Presiden Rusia, Vladimir Putin/ AFP)

MOSCOW, 12 Okober- Presiden Rusia, Vladimir Putin menggesa rundingan antara tentera Israel dan Palestin dan berharap perang tidak akan berterusan.

Beribu-ribu orang telah mati dalam tempoh lima hari lalu selepas pengeboman besar-besaran di Semenanjung Gaza.

"Adalah perlu untuk mengelakkan konflik yang beterusan kerana jika ia berlaku ia akan memberi kesan kepada situasi antarabangsa," kata Putin.

Katanya, pihak terlibat perlu kembali kepada proses rundingan yang sepatutnya diterima oleh semua pihak, termasuk rakyat Palestin.

Beliau juga berkata adalah perlu untuk melibatkan diri dalam diplomasi dan bukannya dengan pihak tentera (konflik) untuk mencari penyelesaian bagi menghentikan pertempuran.

Rusia selama ini telah mengekalkan hubungan persahabatan dengan kedua-dua Palestin dan pihak berkuasa Israel, walaupun hubungan dengan Baitulmaqdis telah tegang akibat serangan Moscow di Ukraine.

Walaupun Barat telah mengutuk serangan Palestin, Rusia setakat ini dengan berhati-hati mengecam keganasan daripada kedua-dua pihak.


(FOTO AFP)

Ia sebaliknya menyalahkan konflik atas "kegagalan" dasar luar Amerika Syarikat (AS).

Putin berkata Rusia "boleh menyumbang kepada proses penyelesaian", sambil menyatakan bahawa sebarang usaha pengantaraan akan menjadi sukar memandangkan keadaan yang teruk.

Sehari sebelumnya Putin menyeru "penciptaan negara Palestin yang berdaulat merdeka."- AFP

Media Baharu