fb fb fb fb fb

Dua pendatang Guatemala ditembak mati

GUATAMELA, 11 Oktober - Dua pendatang Guatemala maut selepas ditembak askar Mexico ketika cuba menyeberang ke Amerika Syarikat (AS) dari bandar sempadan Ciudad Juarez, kata pihak berkuasa pada Selasa.

Dua lelaki itu masing-masing berumur 27 dan 45 tahun, manakala empat lagi cedera, kata pejabat pendakwa raya negeri Chihuahua.

Mangsa yang terselamat berkata mereka menaiki sebuah van dengan beberapa pendatang "apabila mereka dikejar, mereka tidak berhenti, tembakan dilepaskan" mungkin dari tentera, timbalan pendakwa raya Carlos Manuel Salas memberitahu sidang akhbar.

Kementerian pertahanan telah menyerahkan senjata empat askar kepada penyiasat, katanya.

Van yang dipandu seorang penyeludup melarikan diri bersama-sama empat penumpang wanita yang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Laporan Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi yang dikeluarkan pada September berkata sempadan AS-Mexico merupakan laluan darat paling berbahaya bagi pendatang pada 2022, dengan 686 kematian dan kehilangan direkodkan.

Pasukan sempadan AS melaporkan 1.8 juta pendatang menyeberangi di sempadan selatan antara Oktober 2022 dan Ogos 2023. - AFP

(FOTO REUTERS)

Media Baharu