fb fb fb fb fb

Gempa bumi sederhana landa utara Sumatera, Indonesia

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 28 Oktober - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Ritcher melanda utara Sumatera, Indonesia pada 7.35 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 88 km utara dari Meulaboh, Indonesia.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.- BERNAMA

MOHAMAD KHAIRIE KHALID