fb fb fb fb fb

Beribu-ribu cari perlindungan di kem selepas banjir kilat di Himalaya India

INDIA, 11 Oktober - Lebih 22,000 keluarga terjejas akibat banjir kilat di Sikkim, di timur laut India dengan lebih 3,800 daripadanya mencari perlindungan di kem bantuan, kata Ketua Menteri Prem Singh Tamang.

Sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh selepas tebing tasik glasier pecah mengakibatkan banjir kilat awal minggu ini.

"Jumlah keluarga terjejas (banjir kilat) adalah lebih 22,000 dan lebih 3,800 keluarga telah diselamatkan dan telah dipindahkan ke kem bantuan. Di Sikkim, sebanyak 26 kem bantuan beroperasi." kata Ketua Menteri, Prem Singh Tamang.

"Kami kehabisan petrol buat masa ini di utara Sikkim dan tiada bahan api di tiga stesen di kawasan itu. Kami cuba mengaturkan minyak. Kami memberi minyak kepada kenderaan yang bertugas kecemasan dengan harga 1,000 rupee," kata Pengurus Pam Petrol, Vijay Chhetri.

Tasik Lhonak di pergunungan Sikkim melimpah selepas semburan hujan lebat dan runtuhan salji, menyebabkan banjir besar di sungai Teesta.

Sebahagian negeri juga mengalami kekurangan bahan api dan bekalan tidak dapat sampai ke kawasan yang dilanda bencana selepas banjir memusnahkan jalan dan jambatan.

"Kami tinggal berhampiran Jambatan Tung dan tiba-tiba banjir datang dan membasuh pakaian dan barang-barang kami. Kami takut untuk hidup kami dan mahu pulang ke rumah." kata penduduk terjejas banjir, Nirmal Nirvain. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu