fb fb fb fb fb

Rusia tembak jatuh 17 dron Ukraine

Foto Reuters

MOSCOW, 28 Oktober - Ukraine melancarkan serangan dron ke atas Moscow dua hari berturut-turut, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Rusia.

Kementerian Pertahanan melaporkan unit pertahanan udara Rusia telah memusnahkan 17 dron Ukraine, termasuk satu yang menuju ke Moscow dan 13 lagi di wilayah Kaluga, timur laut Moscow.

Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin berkata perkhidmatan kecemasan digerakkan ke lokasi dron jatuh, selepas serangan.

Bagaimanapun tiada kerosakan infrastruktur dilaporkan.

Lazimnya Rusia hanya mendedahkan impak penuh serangan Ukraine jika melibatkan orang awam.

Sementara itu, unit pertahanan udara Rusia turut memusnahkan tiga lagi dron di wilayah Bryansk, yang bersempadan dengan Ukraine di kawasan barat dan Kaluga.

Gabenor Bryansk, Alexander Bogomaz melaporkan seorang awam cedera dan dirawat di hospital akibat serangan itu.

Meskipun kedua-dua pihak menafikan sasaran terhadap orang awam, ribuan mangsa telah terkorban dalam konflik antara dua negara, dengan majoritinya adalah rakyat Ukraine.

Pada Isnin, Rusia juga melaporkan telah menembak jatuh 34 dron Ukraine yang menyasarkan Moscow. - REUTERS

MUHAMMAD 'AZAMUDDIN HUSSAIN