fb fb fb fb fb

Air, karbon dan bahan organik ditemui dalam sampel asteroid- NASA

(NASA mendedahkan bahawa sampel yang dikumpul daripada asteroid Bennu berusia
4.5 bilion tahun mengandungi air dan karbon yang banyak/ AFP)

HOUSTON, 12 Oktober- Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) mendedahkan bahawa sampel asteroid bernama Bennu berusia 4.5 bilion tahun, yang dikembalikan ke bumi bulan lepas mengandungi air, karbon dan bahan organik.

Penemuan itu menunjukkan asteroid mempunyai unsur-unsur yang diperlukan dan membawa kepada pembangunan kehidupan berasaskan karbon.

Pegawai NASA, Bill Nelson berkata bahawa zarah dari asteroid berhampiran Bennu mengandungi kepekatan karbon tertinggi yang pernah ditemui dari sampel asteroid yang dianalisis.

Ia hanyalah sampel asteroid ketiga dan setakat ini yang terbesar pernah kembali ke bumi untuk dianalisis.

"Ini adalah sampel asteroid kaya karbon terbesar yang pernah dikembalikan ke Bumi," kata Nasa Bill Nelson di Pusat Angkasa Johnson di Houston, di mana imej pertama habuk hitam dan kerikil didedahkan.

Katanya, karbon menyumbang hampir lima peratus daripada jumlah berat sampel, dan terdapat dalam kedua-dua bentuk organik dan mineral, manakala air di dalam struktur kristal mineral tanah liat.


(Sampel asteroid kaya karbon terbesar yang pernah dikembalikan ke bumi/ AFP)

Sebelum ini dua misi serupa dilakukan oleh Agensi Angkasa Jepun pada tahun 2010 dan 2020.

Seperti asteroid lain, Bennu adalah peninggalan sistem suria awal kerana kimia dan mineralogi yang terbentuk kira-kira 4.5 bilion tahun lalu.

Ia bukan sahaja memegang petunjuk tentang asal usul dan perkembangan planet berbatu asal seperti bumi, tetapi berpotensi membawa bukti evolusi kehidupan.

Sampel asteroid itu dikumpulkan oleh kapal angkasa Osiris-Rex tiga tahun lalu yang mendarat di padang pasir Utah dalam misi enam tahun bersama agensi-agensi angkasa Amerika Syarikat dan juga Universiti Arizona.- AFP

Media Baharu