fb fb fb fb fb

Taufan Kong-rey: Ribuan penduduk Taiwan terpaksa berpindah

Foto AFP

KEELUNG, 31 Oktober- Taufan Kong-rey memaksa ribuan penduduk berpindah di Taiwan.

Kong-rey dijangka melanda Taiwan dalam tempoh beberapa jam lagi; membawa angin kencang dengan kelajuan sehingga 250 kilometer sejam, menurut Pusat Amaran Taufan Bersama Amerika Syarikat.

Chu Mei-lin dari Pentadbiran Cuaca Pusat Taiwan berkata taufan itu dijangka membawa kesan yang teruk kepada seluruh Taiwan.

“Dengan taufan yang semakin menghampiri, kita perlu berjaga-jaga dengan angin kencang di sekitar pusat taufan,” katanya kepada pemberita.

Pejabat dan sekolah di seluruh Taiwan ditutup hari ini ketika orang ramai bersiap sedia menghadapi taufan itu.

Menurut seorang pekerja, Kevin Lin, beliau menjangkakan taufan tersebut sangat kuat.

“Saya sudah biasa dengan banyak taufan di Taiwan dan tidak berasa takut,” katanya kepada AFP. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM