fb fb fb fb fb

Taufan Khanun: 10,000 penduduk Korea Selatan dipindahkan, sekolah ditutup

(Foto Reuters)

CHANGWON, 10 Ogos- Pihak berkuasa Korea Selatan memindahkan lebih 10,000 orang dan menutup sekolah di kawasan yang dilanda banjir.

Ia ketika ribut tropika Khanun melanda semenanjung pada Khamis, setelah membadai selatan Jepun sepanjang minggu lalu.

Menerusi rakaman video dan gambar dikongsi Agensi Bomba Kebangsaan Korea Selatan, anggota penyelamat dilihat memindahkan penduduk terperangkap dan menarik kereta yang tenggelam.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Korea Selatan, kira-kira 350 penerbangan dan 410 laluan kereta api dibatalkan.

Manakala lebih 10,000 orang telah dipindahkan ke tempat selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Berdasarkan agensi cuaca, ribut Khanun diramal membawa hujan sehingga 60 mm sejam di beberapa bandar pantai timur, dan kelajuan angin maksimum 126 kilometer sejam di bandar pelabuhan tenggara Busan.-REUTERS

(Foto Reuters)

Media Baharu