fb fb fb fb fb

Letupan gudang di Rusia, 12 orang masih hilang

(Foto AFP)

MOSCOW, 10 Ogos- 12 orang masih hilang selepas letupan besar memusnahkan sebuah gudang di bandar Sergiyev Posad, Rusia, pada Rabu.

Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dalam letupan itu yang menurut penyiasat bermula di sebuah gudang digunakan untuk menyimpan bahan piroteknik.

"Terdapat 12 orang yang dilapor masih hilang," kata pentadbir bandar itu dalam satu catatan di media sosial.

Menurutnya usaha mencari dan menyelamat masih giat dijalankan.

"Pasukan penyelamat dilihat menggergaji melalui runtuhan bangunan, manakala anggota bomba menyembur air ke atas serpihan yang masih terbakar," tambahnya.

Punca kejadian masih belum dapat dipastikan.

(Kepulan asap akibat letupan yang berlaku/Foto AFP)

Dalam pada itu, pasukan penyiasat memberitahu telah menahan pengarah teknikal sebuah syarikat piroteknik dan membuka kes jenayah terhadap pelanggaran keselamatan industri.

Kebakaran yang tidak disengajakan adalah perkara biasa di Rusia, dengan beratus-ratus kebakaran direkodkan setiap tahun.

Ia disebabkan oleh infrastruktur yang semakin uzur dan piawaian keselamatan kurang dikuatkuasakan.-AFP

Media Baharu