fb fb fb fb fb

Rusia lancar Soyuz2.1v ke bulan

FOTO REUTERS

MOSCOW, 11 Ogos- Rusia melancarkan pendaratan kapal angkasa pertamanya ke bulan dalam tempoh 47 tahun pada Khamis.

Usaha itu adalah untuk menjadikan Rusia sebagai kuasa pertama yang melakukan pendaratan selamat di kutub selatan bulan, wilayah yang dipercayai menyimpan kantung air ais yang diidamkan.

Menurut agensi angkasa lepas Rusia, roket Soyuz 2.1v yang membawa kapal Luna-25 berlepas dari Kosmodrom Vostochny, 3,450 batu timur Moscow, pada Jumaat sekitar 2.11 pagi waktu Moscow.

Roket itu dijangka mendarat pada 23 Ogos ini.

Sejak 1976, Rusia berlumba-lumba dengan India untuk merealisasikan impian ke bulan.

Julai lalu, India telah menghantar roket Chandrayaan-3 untuk misi itu, dengan Amerika Syarikat dan China lebih kerap berikutan mereka mempunyai kelebihan dalam program penerokaan bulan.

Peta NASA pada 2018 menunjukkan air ais di bahagian bayang-bayang bulan dan pada 2020, NASA mengesahkan air wujud di kawasan cahaya matahari.- REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu