fb fb fb fb fb

Zuma dibebaskan selepas melaporkan diri ke penjara

(FOTO REUTERS)

PRETORIA, 11 Ogos- Bekas Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma kembali melaporkan diri di penjara pada hari Jumaat, hanya untuk dibebaskan semula.

Zuma telah diarahkan supaya melapor di penjara dan tiba pada 6:00 pagi (0400 GMT) di kemudahan tahanan di timur bandar Estcourt, kata perkhidmatan penjara.

Tetapi dia dilepaskan dalam masa lebih sejam sebagai sebahagian daripada "proses remisi" bertujuan menangani kesesakan di penjara, menurut Pesuruhjaya Kebangsaan Perkhidmatan Pemulihan, Makgothi Thobakgale.

"Setelah dimasukkan ke dalam sistem dia tertakluk kepada proses pentadbiran. Dia kemudian dibebaskan," kata Thobakgale dalam sidang media di sini.

Zuma dijatuhi hukuman 15 bulan penjara pada Jun 2021 selepas enggan memberi keterangan di hadapan panel kes rasuah kewangan dan kronisme.

Bekas pemimpin berusia 81 tahun itu dibebaskan dengan parol perubatan hanya dua bulan selepas menjalani hukuman.

Zuma dipenjarakan bermula awal Julai 2021. -AFP

(Bekas presiden Afrika Selatan Jacob Zuma/REUTERS)

Media Baharu