fb fb fb fb fb

Rusia lancar misi bulan pertama dalam lima dekad

(Roket Soyuz 2.1b dengan pendarat Luna-25 meletup dari landasan pelancaran di kosmodrom Vostochny, kira-kira
180 km ke utara Blagoveschensk , di wilayah Amur/Agensi Angkasa Rusia Roscosmos/AFP)

 

MOSCOW, 11 Ogos- Rusia melancarkan misi pertamanya ke bulan dalam tempoh hampir 50 tahun pada Jumaat.

Misi itu direka untuk memberi dorongan baharu kepada sektor angkasa lepasnya yang telah lama bergelut dan turut dikenakan sekatan sejak konflik di Ukraine.

Luna-25 adalah misi lunar pertama Moscow sejak 1976, ketika USSR menjadi perintis dalam penaklukan angkasa lepas.

Roket dengan pendarat bulan Luna-25 berlepas pada 02:10 pagi waktu Moscow (2310 GMT Khamis) dari Vostochny Cosmodrome, menurut imej langsung yang disiarkan oleh agensi angkasa Rusia Roscosmos.

"Ia dijangka memasuki "orbit bulan setinggi 100 kilometer" pada 16 Ogos dan mendarat di bulan di utara kawah Boguslawsky pada 21 Ogos," menurut Roscosmos dalam satu kenyataan.

"Buat pertama kali dalam sejarah, pendaratan akan berlaku di kutub selatan bulan. Sehingga kini, semua misi terdahulu telah mendarat di zon khatulistiwa," kata pegawai kanan Roscosmos, Alexander Blokhin dalam satu wawancara baru-baru ini. -AFP

(Foto edaran dari Agensi Angkasa Rusia Roscosmos menunjukkan roket Soyuz 2.1b dengan
pendarat Luna-25 meletup dari landasan pelancaran di kosmodrom Vostochny/AFP)

Media Baharu