fb fb fb fb fb

Ekonomi Britain berkembang pada suku kedua

(FOTO REUTERS)

LONDON, 11 Ogos- Ekonomi Britain berkembang sedikit pada suku kedua tahun ini berikutan pengeluaran kukuh pada bulan Jun, walaupun inflasi kekal tinggi.

"Keluaran dalam negara kasar meningkat 0.2% dalam tempoh April hingga Jun selepas pengeluaran berkembang 0.1% pada suku pertama," menurut Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) dalam satu kenyataan.

"Bagi seluruh suku tahun secara keseluruhan, KDNK meningkat sedikit dengan pertumbuhan meluas merentasi pembuatan, dibantu oleh kejatuhan harga bahan mentah," kata Pengarah Statistik Ekonomi di ONS, Darren Morgan.

Ekonomi berkembang 0.5% lebih kukuh daripada jangkaan pada Jun, menyebabkan watawang pound lebih tinggi berbanding dolar pada awal dagangan di sini.

"Tindakan yang kami ambil untuk memerangi inflasi mula berkuat kuasa, yang bermakna kami meletakkan asas kukuh yang diperlukan untuk mengembangkan ekonomi," kata Menteri Kewangan, Jeremy Hunt.

"Jika kami berpegang kepada rancangan kami untuk membantu orang ramai bekerja dan meningkatkan pelaburan perniagaan, IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) telah berkata dalam jangka panjang kami akan berkembang lebih cepat daripada Jerman, Perancis dan Itali," tambahnya.

Kemas kini pertumbuhan itu dikeluarkan sehari selepas syarikat barangan isi rumah Britain, Wilko tumbang akibat hutang yang besar, menyebabkan kira-kira 12,500 pekerjaan berisiko apabila inflasi tinggi dan kadar faedah menjejaskan pengguna dan perniagaan. -AFP

(Ekonomi Beritain berkembang pada suku kedua/AFP)

Media Baharu