fb fb fb fb fb

Taufan Kay badai semenanjung Baja California

(FOTO REUTERS)

MEXICO, 9 September- Taufan Kay membadai semenanjung Baja California di barat laut Mexico, pada Khamis, menimbulkan ancaman banjir kilat, tanah runtuh dan ombak yang merosakkan, menurut peramal.

Ribut tersebut menjadi lemah dan dikategorikan satu, paling rendah pada skala lima sebelum membadai di daerah yang kurang penduduk itu.

Taufan Kay membawa angin berkelajuan maksimum hampir 120km sejam dan terletak 70 batu di tenggara Punta Eugenia, menurut Pusat Taufan Kebangsaan (NHC).

Pusat taufan itu dijangka merentasi bahagian semenanjung Baja California sebelum Taufan Kay menjadi lemah kepada ribut tropika dan kembali ke Pasifik, kata NHC.

Pihak berkuasa Mexico turut menggesa penduduk supaya mengambil langkah berjaga-jaga kerana bahaya tanah runtuh dan banjir.

Para pegawai sebelum ini turut membuka tempat perlindungan ribut untuk kawasan yang terjejas.

Mexico kerap dilanda ribut tropika di kedua-dua pantai Pasifik dan Atlantik, biasanya antara bulan Mei dan November.-AFP

(Pegawai polis berpakaian baju hujan memantau ombak ketika angin
kencang di pantai Pasifik Mexico pada 7 September 2020/REUTERS)

Media Baharu