fb fb fb fb fb

Kebakaran hutan di California meningkat dua kali ganda

(FOTO AFP)

HEMET, 9 September- Kebakaran hutan yang berlaku di luar Los Angeles, meningkat dua kali ganda dalam tempoh kurang 24 jam.

Demikian menurut pihak bomba pada Khamis, ketika satu hari lagi cuaca panas terik dialami di barat Amerika Syarikat.

Beribu-ribu orang diarah dipindahkan susulan api yang marak dan merebak ke kawasan seluas 19,000 ekar.

"Api akan bergerak aktif di bahagian timur, selatan dan utara," menurut kenyataan Cal Fire.

Setakat ini, dua orang dilaporkan terkorban dalam kebakaran yang meletus pada Isnin.

Dilaporkan, suhu berulang kali melebihi 43 darjah celcius di beberapa bahagian California, Nevada dan Arizona.

Haba panas memberi kesan besar terhadap grid elektrik di California apabila isi rumah menaikkan suhu penghawa dingin.-AFP

(Sebuah pesawat pemadam kebakaran menggugurkan kalis api ketika Fairview Fire terbakar
berhampiran rumah lereng bukit pada 6 September 2022 berhampiran Hemet, California/AFP)

Berita berkaitan
Kebakaran hutan di utara California paksa ribuan penduduk berpindah
Dua maut kebakaran hutan di California, ribuan lagi diarah berpindah

Media Baharu