fb fb fb fb fb

Lelaki sakit mental mengamuk, tikam bunuh lapan orang

FOTO HIASAN

BEIJING, 24 Mei- Seorang lelaki membunuh lapan orang dan mencederakan seorang lagi dengan pisau dalam kejadian amuk di tengah China, lapor media kerajaan pada Jumaat, memetik pihak berkuasa tempatan.

Kejadian tikaman itu berlaku pada pagi Khamis di bandar Xiaogan di wilayah Hubei, kata penyiar negeri CCTV.

Penyerang berusia 53 tahun yang dikenali sebagai Lu itu sebelum ini telah dirawat kerana penyakit mental, tambahnya.

Dia kemudiannya ditahan polis.

Agensi berita Xinhua melaporkan, keadaan mangsa yang cedera kini stabil dan tidak serius.

Jenayah keganasan agak jarang berlaku di China, yang melarang sekeras-kerasnya rakyat daripada memiliki senjata api, tetapi terdapat beberapa kejadian tikaman sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada Isnin, seorang wanita yang menghunus pisau buah membunuh dua orang dan mencederakan empat lagi di sebuah sekolah rendah di wilayah Jiangxi tengah.

Pada bulan ini juga, dua orang terbunuh dan 21 cedera selepas seorang lelaki mengamuk di sebuah hospital di wilayah Yunnan, barat daya China.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE