fb fb fb fb fb

Taufan Kalmaegi semakin ganas di Filipina

FOTO REUTERS

SILAGO, 4 November - Taufan Kalmaegi (Tino) semakin kuat ketika melanda wilayah tengah Filipina pada Selasa dengan

jabatan kaji cuaca negara itu memberi amaran tahap kedua tertinggi di sebahagian besar wilayah Visayas, selain boleh mengancam nyawa.

Menerusi foto yang dikongsi oleh agensi bencana perbandaran di bandar Silago, wilayah Southern Leyte, menunjukkan beberapa rumah rosak dan pokok tumbang selepas taufan itu melanda pada tengah malam.

Agensi kaji cuaca kebangsaan PAGASA memaklumkan bahawa kesan gabungan antara Kalmaegi dan garisan ricih menyebabkan hujan lebat serta angin kencang melanda kepulauan Visayas dan kawasan berdekatan.

Kalmaegi dijangka melintasi wilayah Visayas dan bergerak ke arah Laut China Selatan menjelang Rabu.

Taufan Kalmaegi melanda ketika Filipina masih dalam proses pemulihan daripada beberapa bencana termasuk gempa bumi dan cuaca buruk yang melanda dalam beberapa bulan kebelakangan ini. — REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM