LILOAN, 4 November - Beberapa bandar di wilayah tengah Filipina dilanda banjir akibat hujan lebat yang disebabkan oleh Taufan Kalmaegi pada Selasa.
Menerusi video yang dikongsi Palang Merah Filipina, penduduk di bandar Liloan, wilayah Cebu, terpaksa menyelamatkan diri dengan berada di atas bumbung rumah mereka.
Taufan Kalmaegi dijangka melintasi Visayas dan bergerak ke Laut China Selatan menjelang Rabu.
Filipina, yang secara purata mengalami 20 ribut tropika setiap tahun, masih dalam proses pemulihan daripada beberapa bencana termasuk gempa bumi dan cuaca buruk beberapa bulan kebelakangan ini. -REUTERS