HAINAN, 24 Ogos- Bandar Sanya di selatan China menutup perniagaan dan menggantung perkhidmatan pengangkutan awam pada Ahad ketika bersiap sedia menghadapi Taufan Kajiki yang semakin kuat.
Menurut laporan penyiar rasmi CCTV, lebih 30,000 bot nelayan tidak turun ke laut manakala lebih 20,000 penduduk telah dipindahkan.
Sanya, yang terkenal dengan pusat peranginan tepi laut dan pantai berpasir turut mengeluarkan amaran merah taufan pada pagi Ahad, tahap tertinggi dalam sistem amaran berwarna China.
Selain itu, meningkatkan tindak balas kecemasan kepada tahap paling kritikal, menurut hantaran di akaun WeChat kerajaan tempatan.
Pusat Meteorologi Negara China (NMC) memaklumkan ribut tersebut berkemungkinan membadai pesisir selatan wilayah pulau Hainan dari petang hingga malam Ahad atau bergerak menyusuri pantai selatan sebelum menuju ke Vietnam.- REUTERS