fb fb fb fb fb

Bekas Presiden Sri Lanka dirawat di hospital sehari selepas ditahan

FOTO REUTERS

KUALA LUMPUR, 24 Ogos - Bekas Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe, yang kini dipenjara, telah dimasukkan ke hospital pada Sabtu (23 Ogos), sehari selepas ditahan atas dakwaan menyalahgunakan dana awam semasa memegang jawatan.

Wickremesinghe, 76, yang pernah memimpin negara Asia Selatan itu ketika berdepan krisis ekonomi terburuk, ditahan polis pada Jumaat.

Menurut Pengarah Hospital Nasional Colombo, Dr. Rukshan Bellana, Wickremesinghe dibawa ke unit rawatan kecemasan akibat komplikasi dehidrasi, diabetes dan tekanan darah tinggi, sebelum dipindahkan ke unit rawatan rapi. Keadaannya dilaporkan stabil.

Bagaimanapun, setakat ini, Pejabat Wickremesinghe dan pihak hospital belum memberikan sebarang kenyataan.- REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE