fb fb fb fb fb

Taufan Kajiki ragut tiga nyawa di Vietnam

FOTO REUTERS

HANOI, 26 Ogos - Taufan Kajiki yang membadai pesisir tengah utara Vietnam sejak Isnin meragut sekurang-kurangnya tiga nyawa dan mencederakan 10 yang lain.

Menurut pihak berkuasa, ribut yang melanda selepas membentuk di Laut China Selatan itu turut merosakkan hampir 7,000 kediaman, menenggelamkan 28,800 hektar sawah padi dan menumbangkan 18,000 pokok.

Kajiki juga meruntuhkan 331 tiang elektrik, sekali gus menyebabkan gangguan bekalan di beberapa wilayah termasuk Thanh Hoa, Nghe An, Ha Tinh, Thai Nguyen dan Phu Tho.

Agensi cuaca kebangsaan Vietnam memaklumkan, selepas mendarat di wilayah Vinh pada Isnin petang, Kajiki yang pada mulanya berstatus taufan kini melemah menjadi tekanan tropika ketika bergerak ke arah Laos pagi tadi.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE