fb fb fb fb fb

Taufan Kajiji terburuk dalam tempoh 20 tahun landa Vietnam

Dua wanita membersihkan kepingan zink yang terbang ke atas jalan selepas Taufan Kajiki melanda wilayah Nghe An hari ini/Foto AFP

NGHE AN, VIETNAM, 26 Ogos -Taufan Kajiki disifatkan sebagai ribut terburuk dalam tempoh 20 tahun selepas melanda kawasan utara-tengah Vietnam, khususnya di Nghe An.

Bencana alam itu mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga kematian, kerosakan infrastruktur, elektrik, harta benda, dan hasil tanaman.

Dalam kejadian itu, seorang maut akibat renjatan elektrik di Nghe An, seorang lagi di Ha Tinh dan seorang mangsa di Ninh Binh.

Angin kencang menyebabkan lebih 740 tiang elektrik tumbang yang menjejaskan hampir 870,000 isi rumah di bandar itu putus bekalan elektrik .

Banjir turut menenggelamkan 28,800 hektar sawah padi.

Lebih 44,000 penduduk dari kawasan pantai telah dipindahkan sebagai langkah keselamatan.

Hujan lebat yang berterusan, berisiko berdepan ancaman banjir dan tanah runtuh.

Pihak berkuasa giat memulihkan bekalan elektrik dan saluran komunikasi, serta mengagihkan bantuan kecemasan. - VIORY

GRACE AISYAH KEDAYAN