fb fb fb fb fb

Taufan Judy membadai Vanuatu

Foto Media Sosial Twitter

PORT VILA, 1 Mac- Taufan Judy yang melanda negara Pasifik Selatan, Vanuatu telah mengakibatkan pokok-pokok tumbang dan laluan jalan raya terputus.

Ia susulan angin kencang dan hujan lebat yang berterusan.

Dengan kelajuan angin sehingga 200 kilometer sejam, pegawai tindak balas bencana tempatan berkata taufan itu telah melepasi ibu kota Port Vila sebelum meningkat menjadi ribut tahap empat.

Setakat ini, tiada kerosakan atau kecederaan yang dilaporkan tetapi Pejabat Pengurusan Bencana Kebangsaan Vanuatu mengeluarkan amaran merah dan memberitahu penduduk untuk kekal di rumah.


(Foto Media Sosial Twitter)

Gereja dan bangunan rasmi diperuntukkan sebagai pusat pemindahan sementara jika diperlukan.

Populasi Vanuatu seramai 320,000 tidak asing dengan ribut kuat tetapi Taufan Judy adalah yang paling kuat setakat ini.

"Pokok-pokok tumbang dan mana-mana pokok yang masih berdiri mungkin akan kehilangan semua daun dan dahannya.

"Ia telah melalui seluruh Vanuatu," kata pegawai UNICEF tempatan, Rebecca Olul.

Media Baharu