fb fb fb fb fb

Kemboja nafi jangkitan selesema burung sesama manusia

(Foto AFP)

PHNOM PENH,1 Mac- Jabatan Kawalan Penyakit Berjangkit Kemboja (CDC) Kemboja menafikan dakwaan terdapat penularan selesema burung (H5N1) daripada manusia ke manusia, susulan kes jangkitan virus itu yang melibatkan sebuah keluarga di wilayah Prey Veng, baru-baru ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyuarakan kebimbangan selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dijangkiti selesema burung meninggal dunia pada Rabu, manakala bapanya disahkan positif dua hari kemudian.

CDC Kemboja berkata, bapa berusia 49 tahun itu tidak mempunyai simptom dan telah pun pulih serta sudah dibenarkan keluar dari hospital.

"Siasatan menunjukkan bahawa kedua-dua mereka dijangkiti daripada burung. Tiada penularan antara bapa dan anak perempuan ditemukan," kata CDC.

Jelas pihak itu, manusia jarang dijangkiti selesema burung, tetapi apabila dijangkiti, ia biasanya disebabkan oleh sentuhan langsung dengan burung yang menghidap penyakit tersebut.

Untuk rekod, WHO memaklumkan, kira-kira 900 kes selesema burung disahkan menjangkiti manusia dengan lebih 450 kematian dicatatkan.

Selesema burung merupakan salah satu wabak global paling teruk yang mula menular sejak akhir 2021 dengan sejumlah puluhan ribu ayam dimusnahkan, burung liar mati dalam jumlah yang besar dan jangkitan beberapa mamalia meningkat. -AFP

(Pihak berkuasa kesihatan Kemboja berkata tiada penularan selesema burung daripada
manusia ke manusia dalamĀ 
kes seorang bapa dan anak perempuan
yang dijangkiti virus itu/AFP)

Media Baharu