fb fb fb fb fb

Taufan John cetus banjir kilat, angin kencang

Salina Cruz/ AFP

MEXICO, 24 September- Pihak berkuasa Mexico bersiap sedia untuk berdepan taufan John, yang bertambah kuat kepada ribut kategori 2 di luar pantai selatan negara itu, menurut Pusat Taufan Kebangsaan (NFC) berpangkalan di Amerika Syarikat.

NHC memberi amaran bahawa taufan John diramalkan bergerak ke pedalaman di sepanjang pantai selatan Mexico pada malam Isnin atau awal Selasa, membawa "angin kencangdan gelombang ribut berisiko mengancam nyawa dan banjir kilat" di beberapa bahagian.

Kadar kelajuan angin telah meningkat kepada hampir 100 batu (155 kilometer) sejam, katanya, dengan tiupan lebih kuat.

"Ribut akan menjadi lebih kuat dan diramalkan berterusan, dijangka menjadi taufan besar apabila ia menghampiri pantai selatan Mexico."

Menjelang petang Isnin, taufan John dikategorikan kepada kategori 2 pada skala Saffir-Simpson, meningkat kepada 5.

Bagaimanapun menurut NHC, kerajaan Mexico telah mengeluarkan amaran taufan dari barat Punta Maldonado ke timur Acapulco di pantai Pasifik.

Pusat taufan itu turut meramalkan keadaan taufan dijangka melanda dalam tempoh 12 hingga 24 jam akan datang, dengan kemungkinan banjir dan banjir lumpur paling teruk dijangka berlaku di negeri Chiapas, Oaxaca dan tenggara Guerrero.

Kawasan berhampiran pantai mempunyai risiko tertentu, dan berkemungkinan berlaku "banjir ketara di beberapa kawasan berhampiran pantai dan di sebelah timur tempat taufan itu berlaku."

"Persediaan untuk melindungi keselamatan nyawa dan harta benda perlu dilakukan bagi mengahadapi taufan tersebut," kata NHC. -AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI