fb fb fb fb fb

Amaran tsunami dikeluarkan selepas gempa landa pulau Torishima

Foto hiasan

TOKYO, 24 September- Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud melanda berhampiran Pulau Izu di Jepun pada Selasa, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Bagaimanapun gegaran berkenaan menyebabkan pihak berkuasa cuaca tempatan mengeluarkan amaran tsunami.

Tsunami dengan ketinggian satu meter dijangka berlaku di Kepulauan Izu pada pukul 830 pagi waktu tempatan dan Kepulauan Ogasawara pada pukul 9.00 pagi waktu tempatan, kata Agensi Meteorologi Jepun.

Namun penduduk pulau memaklumkan penyiar kebangsaan NHK bahawa mereka tidak merasai gempa bumi itu.

Jepun terletak di atas empat plat tektonik utama dan mengalami sekitar 1,500 gempa bumi kecil setiap tahun.

Namun kesannya secara am masih terkawal walaupun dengan gegaran lebih besar berikutan teknik bangunan lanjutan dan prosedur kecemasan yang diamalkan dengan baik di negara matahari terbit itu.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI