fb fb fb fb fb

Hampir 500 maut dalam serangan Israel ke atas kubu kuat Hizbullah

Kampung Marjayoun di Lubnan/ Foto fail AFP

LEBANON, 24 September- Serangan udara Israel ke atas Lubnan mengorbankan sekurang-kurangnya 492 individu, termasuk 35 kanak-kanak, kata kementerian kesihatan.

Negara-negara Arab mengutuk sekeras-kerasnya Israel kerana permusuhan semakin meningkat dengan Hizbullah.

Hizbullah berkata komander ketiganya Ali Karake masih hidup dan telah berpindah ke tempat selamat.

Media kerajaan melaporkan serbuan baharu di timur Lubnan, manakala Hizbullah berkata ia turut menyasarkan lima lokasi di Israel.

Di bandar Haifa di pesisir pantai Israel, orang ramai kelihatan berlari mencari perlindungan apabila siren serangan udara berbunyi.

Kementerian Kesihatan Lubnan berkata serangan itu membunuh 492 orang, termasuk 35 kanak-kanak dan 58 wanita, dan mencederakan 1,645 yang lain. Menteri Kesihatan Lubnan Firass Abiad berkata "ribuan keluarga" telah dipindahkan.

"Kami tidur dan bangun untuk dibom... begitulah kehidupan kami," kata seorang suri rumah dari perkampungan selatan Zawtar, Wafaa Ismail, 60.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI