fb fb fb fb fb

Taufan Hinmamnor: Kim Jong Un pengerusi mesyuarat nilai kesiapsiagaan bencana

(Hujan di beberapa tempat di Pyongyang/REUTERS)

PYONGYANG, 6 September- Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un mempengerusikan mesyuarat dua hari mengenai kerja pencegahan bencana, ketika Taufan Hinmamnor dilapor mendarat di selatan Semenanjung.

Demikian menurut televisyen kerajaan, KRT pada Selasa.

KRT melaporkan Kim dan pegawai semasa mesyuarat pada Ahad dan Isnin menilai kesiapsiagaan negara itu dan langkah mengukuhkan keupayaan tindak balas terhadap bencana.

Amaran hujan lebat turut dikeluarkan untuk beberapa wilayah di negara berkenaan.

(Kim Jong Un/REUTERS)

Taufan Hinmamnor dilaporkan bergerak ke utara dengan kelajuan kira-kira 52 kilometer sejam, meninggalkan semenanjung Korea melalui perairan di bandar tenggara Ulsan.

Ia selepas mendarat di bandar pantai Geoje, menurut Korea Pentadbiran Meteorologi.-REUTERS

Media Baharu