TOKYO, 9 Oktober - Visual daripada laman web Windy.com, menunjukkan Taufan Halong sedang menghampiri kawasan pantai selatan pulau utama Jepun, Honshu, pada Rabu.
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) dalam satu kenyataan telah mengeluarkan amaran angin kencang dan ombak tinggi khususnya di Kepulauan Izu, yang terletak di selatan Honshu.
Pihak agensi turut menasihatkan penduduk di kepulauan berkenaan supaya segera berpindah ke kawasan selamat, selain memberi amaran bahawa angin kuat berbahaya dijangka melanda, berpotensi menyebabkan kemusnahan kediaman di beberapa kawasan terjejas.- REUTERS