fb fb fb fb fb

Taufan Gabrielle: Kesan kemusnahan boleh melebihi AS$8 bilion

(Foto Reuters)

WELLINGTON, 20 Februari- New Zealand memberi amaran, kesan kemusnahan akibat Taufan Gabrielle yang telah mengakibatkan sekurang-kurang 11 orang maut, boleh meningkat melebihi AS$8 bilion.

Ini apabila pihak berkuasa mengumumkan pembiayaan kecemasan untuk membantu dalam usaha pemulihan.

Perdana Menteri, Chris Hipkins menyifatkan Taufan Gabrielle sebagai bencana alam terbesar di New Zealand untuk sekurang-kurangnya satu generasi dan mengumumkan pakej bantuan siklon kecemasan NZ$300 juta (AS$187.08 juta).

"Hari ini Kabinet bersetuju bahawa Menteri Pengurusan Kecemasan akan melanjutkan keadaan Darurat Negara selama tujuh hari lagi.

"Ini bagi membolehkan kami terus menyelaras respons di peringkat nasional, memastikan kawasan terjejas menerima sumber yang mereka perlukan," katanya dalam sidang media, pada Isnin.

(Chris Hipkins (kiri) pada sidang media pengumuman
pakej bantuan siklon kecemasan pada Isnin/Foto Reuters)

Siklon Gabrielle yang melanda utara New Zealand pada 12 Februari lalu telah menyebabkan kemusnahan meluas.

Dengan usaha pemulihan berterusan, polis telah mengesahkan 11 kematian setakat ini, kebanyakannya di Teluk Hawke di Pulau Utara.

Kira-kira 2,200 orang masih tidak dapat dikesan.-REUTERS

Media Baharu