fb fb fb fb fb

Angka kematian gempa bumi di Turkiye meningkat kepada 41,020 orang

(Foto Reuters)

TURKIYE, 20 Februari- Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda tenggara Turkiye pada 6 Februari lalu, meningkat kepada 41,020 orang.

Menurut agensi negara itu, pada Ahad, kerja mencari dan menyelamat di zon gempa bumi telah selesai, kecuali di wilayah Kahramanmaras dan Hatay.

Ketua Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD), Yunus Sezer berkata bantuan tunai sebanyak 10,000 lira Turkiye (kira-kira AS$531) telah diberikan kepada hampir 800,000 rakyat.

(Kemusnahan akibat gempa yang melanda Turkiye/Foto Reuters)

Tambah Yunus, lebih 6,000 kontena telah dipasang setakat ini, dengan sasaran untuk menyediakan 100,000 kontena dalam tempoh dua bulan.

Manakala, hampir 250,000 khemah sudah digunakan.

Selain itu katanya, lebih 460,000 orang telah dipindahkan setakat ini, dengan 318,970 mangsa ditempatkan di rumah tamu dan hotel awam.

Jabatan berkaitan turut meneruskan usaha untuk memindahkan dan menempatkan semula satu juta mangsa yang terjejas.

Dalam satu kenyataan, menteri kesihatan negara itu berkata tiada penyakit berjangkit merebak di kawasan gempa.-REUTERS

Media Baharu