fb fb fb fb fb

Pamer lukisan kemusnahan gempa di Turkiye, Syria untuk bangkit rasa kesedaran

(Foto Reuters)

BASRA, 20 Februari- Sekumpulan artis dari Studio Seni Halus Al-Ghadeer Basra, Iran menghabiskan hujung minggu mereka melukis gambaran mengenai gempa bumi yang melanda Syria dan Turkiye, memperlihatkan apa yang telah ditinggalkan oleh tragedi itu.

Pameran di sepanjang Jalan Budaya Al-Farahidi Basra, menyaksikan para artis melukis kemusnahan yang dialami akibat gempa kuat itu.

Ia menerusi apa yang mereka tonton atau bayangkan, yang sekali gus membangkit rasa kesedihan dan kehilangan kepada pengunjung.

Lukisan menunjukkan bagaimana gempa telah memberi kesan kepada berjuta-juta orang yang kehilangan rumah, keluarga dan orang tersayang.

"Menerusi lukisan, kami memberi penerangan mengenai tragedi yang berlaku dan jika boleh, berilah bantuan kepada keluarga atau orang yang menderita ini," kata artis Iran dan pengarah studio Al-Ghadeer, Hussein Al-Najjar.

Setakat ini, jumlah kematian akibat gempa di Turkiye dan Syria telah melebihi 46,000 orang dan ramai lagi dipercayai masih hilang.-REUTERS

(Antara lukisan yang dapat dilihat pengunjung pada pameran tersebut/Foto Reuters)

Media Baharu