fb fb fb fb fb

Lima cedera ditembak ketika perarakan

NEW ORLEANS, 20 Februari- Lima orang cedera dalam kejadian tembakan semasa perarakan berlangsung di sini, malam tadi.

Video yang dirakam oleh saksi, Kristie Self menunjukkan orang ramai berdiri di sekitar bahagian laluan perarakan yang dipenuhi serpihan.

Menerusi video berkenaan, turut kelihatan pasukan kecemasan sedang menyelamatkan mangsa.

NBC News, memetik polis tempatan berkata, tembakan berlaku pada pukul 9:30 malam.

"Ia berlaku berhampiran penghujung laluan untuk perarakan Krewe of Bacchus, lokasi orang ramai berkumpul," katanya.

(Pasukan kecemasan tiba di lokasi kejadian untuk menyelamatkan
mangsa tercedera / Foto REUTERS)

Pihak berkuasa memaklumkan, seorang suspek telah ditahan, tetapi tidak jelas sama ada terdapat lebih daripada seorang penembak atau suspek lain terlibat.-REUTERS

Media Baharu