fb fb fb fb fb

Tashkent komited angkat agenda perubahan

TASHKENT, 24 Mac- Negara rantau Asia Tengah, Republik Uzbekistan komited melaksana agenda perubahan merangkumi setiap sudut.

Selain memanfaatkan sosioekonomi hampir 35 juta rakyatnya, agenda diperluas dengan menyediakan ekosistem kondusif bagi menarik pelaburan asing ke dalam negara.

Berucap merasmikan Forum Pelaburan Antarabangsa Tashkent yang pertama, di Tashkent, Presidennya Shavkat Mirziyoyev menegaskan pihaknya bertekad menghapus karenah birokrasi dan memudahcara perniagaan.

Ini bukti keterbukaan, termasuk memberi kebebasan repatriasi keuntungan oleh pelabur asing, selain rejim bebas visa kepada lebih 90 negara termasuk Malaysia.

(Presiden Tashkent, Shavkat Mirziyoyev /AFP)

Dalam pada itu, permohonan visa untuk 60 negara lagi turut dipermudah.

Lebih 1,500 delegasi dari 56 buah negara menyertai Forum tersebut yang akan berlangsung sehingga 26 Mac. -AFP


Media Baharu