fb fb fb fb fb

Lawatan Hegseth ke Korea Selatan bincang keselamatan, ancaman Korea Utara

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Pete Hegseth dijangka melawat Panmunjom di Zon Bebas Tentera (DMZ) yang memisahkan Korea Selatan dan Korea Utara, bersama Menteri Pertahanan Korea Selatan Ahn Gyu-back/REUTERS

SEOUL, 3 November - Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Pete Hegseth tiba di Korea Selatan hari ini bagi lawatan rasmi yang dijangka membincangkan peranan baharu tentera Amerika di Korea Selatan dalam landskap keselamatan yang semakin berubah.

Hegseth dijadual bertemu rakan sejawatnya, Menteri Pertahanan Korea Selatan Ahn Gyu-back pada mesyuarat tahunan keselamatan esok.

"Forum tertinggi itu menetapkan hala tuju pakatan ketenteraan antara kedua-dua negara serta strategi pertahanan terhadap Korea Utara yang bersenjata nuklear," kata Kementerian Pertahanan Korea Selatan dalam satu kenyataan.

Kedua-dua pemimpin akan membincangkan kesiapsiagaan pertahanan bersama terhadap ancaman Pyongyang, selain kerjasama dalam keselamatan serantau, pertahanan siber dan peluru berpandu.

Mereka turut dijangka meneliti langkah memperkukuh pakatan dua hala bagi menghadapi perubahan persekitaran keselamatan global.

Hegseth dijadual melawat kawasan gencatan senjata Panmunjom di Zon Bebas Tentera (DMZ) yang memisahkan Korea Selatan dan Korea Utara, bersama Ahn. -REUTERS

SITI AISHA MELISA YUHANIZ