fb fb fb fb fb

AS dan sekutu gesa Taliban buka semula sekolah untuk kanak-kanak perempuan

(Murid baru tiba di sebuah sekolah di Panjshir pada 23 Mac 2022/AFP)

WASHINGTON, 25 Mac- Amerika Syarikat dan beberapa negara barat mengutuk keputusan kerajaan Afghanistan Taliban menutup sekolah rendah untuk kanak-kanak perempuan beberapa jam selepas dibuka dan menggesa keputusan itu ditarik balik.

Kenyataan bersama Kementerian Luar Britain, Kanada, Perancis, Itali, Norway dan Amerika Syarikat (AS) serta wakil tertinggi Kesatuan Eropah menyebut, keputusan dibuat Taliban pada Rabu akan menjejaskan proses legitimasi serta cita-cita kerajaan Afghanistan untuk lebih dihormati.

“Tindakan Taliban itu bercanggah dengan jaminana awam kepada rakyat Afghanistan dan komonuiti antarabangsa, kata kenyataan itu.


(Murid di sebuah sekolah di Kabul meninggalkan sekolah selepas
arahan penutupan sekolah pada 23 Mac 2022/AFP)

Mereka menggesa Taliban yang mengambil alih kuasa pada hujung Ogos lalu selepas pengunduran tentera AS, “segera mengembalikan keputusan asal yang akan memberi kesan besar kepada wanita Afghanistan.  

“Jika (keputusan) tidak dikembalikan, akan menjejaskan prospek Afghanistan sama ada dalam aspek pertumbuhan ekonomi dan perpaduan sosial.”

Kalangan negara yang menandatangani kenyataan itu termasuk Norway, yang menjadi tuan rumah rundingan penting antara Taliban dengan beberapa diplomat Barat pada Januari lalu.

Keputusan Taliban menutup sekolah untuk kanak-kanak perempuan di buat selepas mesyuarat pada lewat Selasa oleh pegawai kanan di selatan bandar Kandahar, pusat pentadbiran kerajaan Taliban. -AFP

Media Baharu