fb fb fb fb fb

Korea Utara lancar ujian peluru berpandu, cetus kemarahan negara jiran

Foto AFP

SEOUL, 25 Mac - Korea Utara sekali lagi mencetuskan kemarahan negara jiran termasuk Jepun dan Seoul serta Amerika Syarikat apabila melancarkan ujian peluru berpandu balistiknya, semalam.

Menurut Presiden Korea Selatan Moon Jae-in pelancaran peluru berpandu itu disifatkan sebagai pelanggaran perjanjian terhadap resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).


(Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in/FOTO AFP)

Amerika Syarikat juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Pyongyang kerana menimbulkan ketegangan serta risiko menggugat kestabilan rantau berkenaan.

Peluru berpandu itu dilepaskan petang semalam dari Wilayah Sunan.-AFP

Media Baharu